PROGRAM YP EYE SINAR 2023 DAERAH MUALLIM

31 Oktober 2023 – Yayasan Perak membuat penyerahan bantuan cermin mata bagi Program YP Eye Sinar 2023 sempena dengan Majlis Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Karakter Karamah Insaniah Tahun 2023 di SMK Bandar Behrang 2020 yang disempurnakan oleh YB Salina binti Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang.

KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN GURU AKADEMI INSAN MUDA AR-RIDZUAN (AIMAN)

29 Oktober 2023 – Penyerahan mock check sumbangan dari Yayasan Perak bagi Program Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) telah diserahkan oleh En Emiruddin Bin Mohamed Zawadi, Eksekutif Kanan Penyelidikan Yayasan Perak kepada Tuan Haji Mohd Zulkhairi bin Mohd Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak sempena majlis penutup Kursus Pemantapan Kemahiran Guru Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN). Read More

PROGRAM YP EYE SINAR 2023 DAERAH BATANG PADANG

28 Oktober 2023 – Yayasan Perak membuat penyerahan bantuan cermin mata bagi Program YP Eye Sinar 2023 sempena dengan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang Bagi Tahun 2023 di Dewan TN50 Tapah yang disempurnakan oleh YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak.

 

PROGRAM YP EYE SINAR 2023 DAERAH HULU PERAK

27 Oktober 2023 – Yayasan Perak telah membuat penyerahan bantuan cermin mata bagi Program YP Eye Sinar 2023 sempena dengan Majlis Bicara Profesional dan Apresiasi YAB Menteri Besar bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Perak anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak bertempat di Dewan Dato’ Haji Hasbullah, PPD Hulu Perak. Read More