PROGRAM YP EYE SINAR 2023 DAERAH HULU PERAK

27 Oktober 2023 – Yayasan Perak telah membuat penyerahan bantuan cermin mata bagi Program YP Eye Sinar 2023 sempena dengan Majlis Bicara Profesional dan Apresiasi YAB Menteri Besar bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Perak anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak bertempat di Dewan Dato’ Haji Hasbullah, PPD Hulu Perak. Penyerahan bantuan ini disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Pengerusi Yayasan Perak.
Pemberian sumbangan cermin mata kepada murid di bawah kelompok B40 melibatkan kos perbelanjaan berjumlah RM 228,200.00 kepada 1337 penerima di seluruh Negeri Perak. Pemilihan murid dibuat berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan iaitu dari golongan keluarga B40 dan murid yang mengalami masalah penglihatan. Keutamaan diberikan kepada murid yang memerlukan pemakaian cermin mata dikalangan murid Tingkatan 4, 5 dan 6. Murid yang layak dicalonkan oleh setiap 12 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan telah membuat pemeriksaan mata bersama 18 buah syarikat cermin mata yang dipilih bagi setiap daerah.
Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan dalam menyediakan kemudahan cermin mata untuk anak-anak bagi menjalani proses pembelajaran dalam kelas dengan sempurna.