KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN GURU AKADEMI INSAN MUDA AR-RIDZUAN (AIMAN)

29 Oktober 2023 – Penyerahan mock check sumbangan dari Yayasan Perak bagi Program Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) telah diserahkan oleh En Emiruddin Bin Mohamed Zawadi, Eksekutif Kanan Penyelidikan Yayasan Perak kepada Tuan Haji Mohd Zulkhairi bin Mohd Nor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak sempena majlis penutup Kursus Pemantapan Kemahiran Guru Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN).
Kursus ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel Sfera, Seri Manjung yang melibatkan penyertaan 28 orang guru AIMAN. Antara pengisian kursus ini adalah Teknik Tazkirah dan Khutbah, Pengurusan Jenazah (Teori & Praktikal), Pengajaran Marhaban dan Berzanji serta Tahsin (Memperelokkan) Bacaan Al-Quran.
Turut hadir bersama Ustaz Salehuddin Bin Haji Arshad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.