PROGRAM YP EYE SINAR 2023 DAERAH KUALA KANGSAR

6 November 2023 – Yayasan Perak membuat penyerahan bantuan cermin mata bagi Program YP Eye Sinar 2023 di SMK Clifford, Kuala Kangsar yang disampaikan oleh En Farid Bin Wazali, Pengurus Pendidikan Yayasan Perak. Turut hadir bersama Encik Rosmadi Bin Ismail, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (HEM), Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar dan Encik Lutfi Bin Mohd Noor, Pengetua SMK Clifford.