PROGRAM YP EYE SINAR 2023 DAERAH PERAK TENGAH

10 November 2023 – Yayasan Perak membuat penyerahan bantuan cermin mata bagi Program YP Eye Sinar 2023 di SMK Sultan Abdul Jalil Shah yang disempurnakan oleh YB Encik Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak. Turut disampaikan Mock Cheque sumbangan oleh wakil Yayasan Perak Encik Mohd Shahir Bin Johari, Pengurus kewangan Yayasan Perak diiringi bersama Encik Azlan bin Osman, Pengetua SMK Sultan Abd Jalil dan Encik Baharuddin bin Shaid, Timbalan PPD (pengurusan murid).