TAKLIMAT BANTUAN YAYASAN PERAK SEMPENA PROGRAM CAKNA KEBAJIKAN ANAK PERAK

18 November 2023 – Wakil pegawai Yayasan Perak berkongsi maklumat dan pendedahan berkaitan bantuan pendidikan dan program pinjaman tabung usahawan kepada mahasiswa kelahiran Negeri Perak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Ekmal Syarazain Bin Sulaiman, Eksekutif Pendidikan dan Encik Muhammad Affendee Ali Bin Norizan, Eksekutif Pembangunan Sosial.
Terima kasih kepada pihak Sekretariat Himpunan Anak Darul Ridzuan menjemput pihak Yayasan Perak di dalam program tersebut.