𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗞𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗥

Yayasan perak dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar telah membuat penyerahan kotak makanan kepada 9 orang penghulu mukim di daerah Kuala Kangsar untuk disampaikan kepada semua penerima yang layak di setiap mukim.
Penyerahan tersebut telah dibuat oleh Encik Zulhisham Bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kuala Kangsar (DO) diiringi oleh Encik Mohd Shahir bin Johari, Pengurus Kewangan Yayasan Perak bertempat di PDT Kuala Kangsar pada hari ini.
Yayasan Perak bersama Kerajaan Negeri sentiasa bergerak seiringan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan sasar di seluruh Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programkotakmakanan
#progamkomuniti
#kamibanturakyat