𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚

Pada hari ini Yayasan perak dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah membuat gimik penyerahan kepada 15 orang penerima daripada jumlah keseluruhan 200 penerima bantuan Kotak Makanan Yayasan Perak.
Penyerahan dibuat oleh En Mohd Amiruddin bin Kesmiran, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) diiringi oleh Puan Lizawati Salamon, Pegawai Undang-Undang Yayasan Perak bertempat di Pejabat Penghulu Mukim Beruas. Turut hadir bersama Pn Nur Shamimi, Penolong Pegawai Daerah (Fizikal) dan En Faizal, Penghulu Mukim Beruas.
Yayasan Perak akan meneruskan pemberian bantuan ini untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programkomuniti
#bantuankotakmakanan
#kamibanturakyat