𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗧𝗖𝗛 𝟰/𝟮𝟬𝟮𝟯
Yayasan Perak dengan kerjasama Digital Perak telah mengadakan Kursus Kemahiran Pendigitalan Usahawan kepada 22 orang penerima Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan yang berlangsung semalam di Hub Inovasi & Multimedia, Digital Perak.
Penyerahan sijil kepada semua penerima bantuan ini dan cek pinjaman kepada 9 orang penerima bantuan telah disempurnakan oleh Dr Nasreen Khanum, Pengurus Besar Yayasan Perak yang diiringi Encik Tajul Hasrul, Pengurus Pembangunan Sosial Yayasan Perak serta Puan Nor Afidah Abdullah, Ketua Unit Hub Inovasi & Multimedia.
Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk menambah ilmu kemahiran dalam bidang keusahawanan khususnya secara pengurusan kewangan dan pemasaran bagi memajukan perniagaan mereka melalui platform digital.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#kursususahawan
#usahawandigital
#programpinjamantabungusahawan