𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗔𝗬𝗔𝗡𝗚𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛𝗞𝗨 (𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨)
Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum telah menyempurnakan sesi simbolik penyerahan kunci rumah kepada dua buah keluarga iaitu Encik Abdul Jaffar dari RTP Batu 4 Tambun dan Encik Mohd Salleh dari RPT Tok Chendang Kg Sri Kinta yang berlangsung semalam.
Ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Perak yang telah berjaya membantu menyediakan kediaman yang lebih selesa bagi keluarga golongan B40 dan yang memerlukan.
Pengurus Besar turut menyantuni keluarga penerima yang amat bersyukur sekaligus menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dengan bantuan rumah yang diterima setelah sekian lama menyewa rumah oleh kerana kurang kemampuan.
Pengurus Besar turut diiringi oleh Encik Zaim Nasir, Pengurus Korporat & Teknologi Maklumat dan Encik Tajul Hasrul, Pengurus Pembangunan Sosial Yayasan Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programsayangirumahku
#kamibanturakyat
#programkomuniti