“Perak Peruntuk RM600,000 Untuk Bayi Kelahiran 2024”

Kerajaan negeri menerusi Yayasan Perak memperuntukkan sejumlah RM600,000 kepada Tabung Simpanan Anak Perak (TASPEN) yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 bayi dilahirkan di negeri ini sepanjang 2024.

Yayasan Perak dalam kenyataan memaklumkan peruntukan itu melibatkan sumbangan dalam bentuk simpanan pendidikan sebanyak RM200 seorang ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.
“Sumbangan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam menggalakkan simpanan pendidikan bagi anak-anak kelahiran Perak. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada Program Tuisyen Cikgu Saarani.”
“Perak Sejahtera 2030”
Jom ikuti link media sosial kami:-