𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Pada 30 – 1 Februari 2024, Bengkel Pemantapan Strategik Yayasan Perak telah diadakan bertempat di Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA), Ipoh. Penganjuran bengkel selama tiga hari ini dikoordinasikan sendiri oleh Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak yang melibatkan seramai 30 orang pegawai dari setiap bahagian.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan hala tuju serta memantapkan lagi pengendalian perkhidmatan Yayasan Perak selaras dengan hasrat bagi memacu transformasi ke arah mencapai matlamat untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi.
Sepanjang 3 hari bengkel ini berlangsung, pelbagai cetusan dan lontaran idea telah diberikan oleh para pegawai dan semoga hasil dapatan daripada penganjuran bengkel ini dapat memberikan nafas baru kepada Yayasan Perak disamping memperkukuhkan peranan Yayasan Perak secara keseluruhan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#membangunbersamayayasanperak
#pembangunankomuniti
#pelantransformasi
#halatujubaru