𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗡𝗖𝗜 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 (𝗥𝗠𝗥) 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞𝗞𝗨 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡

Yayasan Perak pada hari ini mengadakan penyerahan kunci rumah bagi Program RMR Perakku Prihatin kepada Puan Noor Alia binti Mohd Rosdi yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bertempat di Mukim Temelong, Daerah Hulu Perak.
Program ini adalah kerjasama diantara Yayasan Perak dan SPNB yang merupakan program pinjaman perumahan tanpa faedah kepada golongan pertengahan yang ingin membina rumah pertama. Seramai 147 keluarga di seluruh Negeri Perak telah mendapat manfaat daripada program ini.
Turut hadir YBhg. Datuk Husam Musa, Pengerusi SPNB, En. Zahanuddin Kamarudin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak dan En. Norazmi Nuruddin, Pengarah SPNB Perak.
Yayasan Perak komited dalam merealisasikan sasaran Sejahtera Sosial agar lebih ramai lagi rakyat di Negeri Perak dapat memiliki kediaman yang selesa dan kondusif sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programrmrperakkuprihatin
#programkomuniti
#perumahanrakyat
#kamibanturakyat