𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗥𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 ‘𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Yayasan Perak pada hari ini telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang dipengerusikan oleh Dr. Nasreen Khanum Nawab Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak.
Sesi perbincangan ini memfokuskan berkaitan program usahasama yang boleh dijalankan dengan jalinan kerjasama antara dua pihak dalam meningkatkan peluang pendidikan kepada golongan sasar yang memerlukan.
Turut hadir En Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, pegawai-pegawai MAIPk dan barisan pegawai Yayasan Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#perkasapendidikan