𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗚𝗘𝗠𝗔 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗧𝗜𝗠, 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡

Seramai 50 orang anak yatim, asnaf dan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan diraikan dalam Program Gema Lebaran Yayasan Perak dan dibawa memilih sendiri jenis serta warna pakaian raya mengikut cita rasa mereka di Gudang Tekstil Jakel, Greentown Ipoh.
Program ini telah berjaya diadakan bagi tahun keempat berturut-turut dengan kerjasama bersama pihak Jakel Ipoh yang bertujuan memberikan keceriaan kepada mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
YABhg. Datin Seri Aezer Zubin, Yang Di-Pertua Baiduri mewakili YAB Menteri Besar Perak bersama Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan turut hadir dan meluangkan masa membantu anak-anak ini memilih pakaian untuk dipakai di hari lebaran. Program ini secara tidak langsung dapat memberikan impak positif serta kenangan yang bermakna kepada setiap anak-anak ini.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programshoppingraya
#yayasanperakprihatin
#gemalebaran