𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗠𝗨𝗠𝗧𝗔𝗭 𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗞𝗧𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟰

Bengkel yang telah berlangsung selama 3 hari bertempat di D’Hotel, Seri Iskandar telah mencapai matlamat asas dengan jayanya dalam pembinaan modul mumtaz bagi matapelajaran teras agama kepada 120 orang peserta dari kalangan guru-guru sekolah menengah dan rendah di Negeri Perak.
Program ini merupakan salah satu aktiviti dibawah Program Kecemerlangan Pendidikan Islam 2024 Yayasan Perak bersama Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan. Turut hadir Encik Farid bin Wazali, Pengurus Pendidikan Yayasan Perak.
Semoga terhasilnya modul ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#pembinaanmodulmumtaz
#pendidikanperak