𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗞𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗦𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰

Setinggi -tinggi tahniah dan syabas kepada pasukan Hoki MAKSAK Perak yang telah berjaya selaku Naib Johan sekaligus merangkul pingat Perak dalam kejohanan MAKSAK Malaysia 2024 di Kangar, Perlis.
Tahniah dan pujian harus diberikan kepada barisan pemain atas semangat juang yang ditunjukkan sehingga minit akhir dan memaksa perlawanan diputuskan melalui penentuan penalti.
Kejayaan ini merupakan hasil kegigihan dan tahap displin yang tinggi para pemain disokong komitmen berterusan daripada pihak pengurusan. Semoga dapat diteruskan dan ditambahbaik lagi di tahun hadapan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#MaksakPerak
#Maksakgames2024
#HokiPerak