𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗖𝗘𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 “𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗔𝗥𝗔𝗡𝗜” 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚

Sesi Sembang Kocek (Pocket Talk) sempena program “Tanya Cikgu Saarani” yang disampaikan oleh En. Mohd Za’im Nasir, Pengurus Korporat dan Teknologi Maklumat Yayasan Perak telah menerangkan fungsi dan peranan Yayasan Perak dalam menerajui pembangunan modal insan serta memperkasakan pendidikan di Negeri Perak. Program anjuran Intitut Darul Ridzuan (IDR) ini turut membantu rakyat setempat terutamanya murid dan warga pendidik mendapat maklumat berkenaan bantuan dan inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkasakan bidang pendidikan.
Program diteruskan bersama YAB Menteri Besar Perak yang telah menyampaikan aspirasi Perak Sejahtera 2030 kepada murid-murid dan warga pendidik serta memberi peluang kepada para hadirin untuk mengutarakan pandangan dan cadangan ke arah pembangunan negeri terutamanya berkenaan isu-isu pendidikan dan sosial.
Yayasan Perak akan terus komited untuk menyebarluas program-program bantuan agar setiap rakyat dapat merasakan kesejahteraan yang telah diusahakan oleh Kerajaan Negeri.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#pockettalk
#tanyacikgusaarani
#perkasapendidikan
#penerajumodalinsan