𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗚𝗘𝗥𝗠𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧𝗘 (𝗚𝗠𝗜) 𝗞𝗘 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞

Yayasan Perak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi German Malaysian Institute (GMI) yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Solihin, Ketua Pegawai Eksekutif GMI bersama barisan pentadbir. Turut hadir bersama En Muhammad Adzlan Farouq dari MARA Negeri Perak.
Yayasan Perak sentiasa terbuka dan bersedia dalam menjalankan kerjasama strategik bersama GMI dalam usaha untuk meningkatkan peluang pendidikan kepada anak-anak perak dalam bidang TVET dengan pelbagai kemudahan bantuan disediakan. Semoga kerjasama ini mampu mengeratkan hubungan dua pihak untuk menyebar luas bantuan-bantuan sedia ada yang mampu membawa manfaat yang cukup besar kepada rakyat dalam memperkasakan sektor pendidikan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#pembangunanpendidikan
#kunjunganhormat
#anakperak