𝗞𝗘𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗠𝗫 𝗥𝗔𝗖𝗜𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sdra. Izwan Izhar mewakili Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak yang telah berjaya merangkul gelaran Naib Johan bagi kategori Lelaki Master A dalam Kejohanan BMX Racing Terbuka Malaysia bertempat di Trek Guyup BMX Racing, Batu Pahat, Johor.
Kejohanan tahunan ini telah mendapat penyertaan seramai 115 peserta daripada seluruh negara mengikut kategori masing-masing.
Yayasan Perak sentiasa memberi sokongan kepada penyertaan sukan dan aktiviti sihat di kalangan ahli ke arah agenda Perak Sihat Sejahtera.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#kelabsukandankebajikanyayasanperak
#bmxracingmalaysia
#peraksihat