AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM SHAHRIL ELBY FAEZ BIN SAHARUDDIN.

Pihak pengurusan serta seluruh warga kerja Yayasan Perak menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Shahril Elby Faez Bin Saharuddin dari Bahagian Pentadbiran yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mei 2024.
Yayasan Perak kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah. Beliau merupakan seorang sahabat yang sangat baik, berbudi pekerti tinggi dan sentiasa sedia membantu.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin.