𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯

Keputusan peperiksaan SPM 2023 bagi Negeri Perak telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, YBhg. Dato’ Muhamad Fauzi bin Mahson di Pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan sebagai rakan strategik utama bagi memperkasakan pendidikan di Negeri Perak.
Yayasan Perak amat berbangga kerana keputusan pada tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan di mana seramai 772 orang atau 2.83 peratus calon memperoleh keputusan cemerlang gred A, A+ dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 669 orang pada tahun sebelum. Jumlah pelajar yang layak menerima sijil turut meningkat kepada 25,227 orang berbanding 24,877 orang pada tahun lepas. Gred Purata Negri (GPN) turut mencatatkan nilai yang positif kepada 4.75 berbanding 4.92 tahun lalu.
Selain itu, jurang pencapaian calon SPM bandar & luar bandar di Perak turut mengecil daripada 0.02 kepada 0.01 pada tahun 2023 sekaligus membuktikan usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri telah mula memberikan impak positif terutama program di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani. Kejayaan pencapaian SPM 2023 ini telah membuktikan kesungguhan para pelajar, guru, ibu bapa, pihak sekolah serta seluruh warga pendidik terutama Jabatan Pendidikan Negeri Perak disamping ketekunan kerajaan negeri dalam memastikan setiap anak perak berjaya.
Yayasan Perak akan terus merealisasikan agenda Kerajaan Negeri disamping mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dalam memperkasakan lagi sektor pendidikan Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransfomasiinsan
#peraksejahtera2030
#spm2023
#pendidikanperak
#wedeliver