𝗦𝗛𝗢𝗪𝗖𝗔𝗦𝗘 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗜𝗡𝗗𝗨𝗦𝗧𝗥𝗜 (𝗦𝗗𝗦𝗜) 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡, 𝗔𝗚𝗥𝗢 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮

Yayasan Perak bersama usahawan-usahawan Yayasan Perak di daerah Kinta turut menyertai Program Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Utara dan Jelajah Hari Usahawan, Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Program ini telah mendapat sambutan yang cukup meriah sekaligus membantu merancakkan sosioekonomi usahawan-usahawan yang terlibat.
Pada majlis perasmian, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Yayasan Perak turut berkesempatan menyampaikan sejumlah RM297,000.00 pinjaman tanpa faedah kepada 16 orang usahawan Yayasan Perak di daerah Kinta yang layak bagi membantu meningkatkan lagi perniagaan mereka. Manakala hampir 100 usahawan daripada Wilayah Utara termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil peluang dengan terlibat dalam program selama tiga hari ini.
Yayasan Perak akan terus bersama kerajaan Negeri dalam merealisasikan hasrat meningkatkan sosioekonomi rakyat melalui pemerkasaan usahawan tempatan. Program keusahawanan Yayasan Perak iaitu Pinjaman Tabung Usahawan telah membantu hampir 800 usahawan di seluruh Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#jelajahhariusahawan
#programpinjamantabungusahawan
#usahawanyayasanperak
#peraksejahtera2030