๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐ฆ๐๐ก๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฌ๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
Yayasan Perak bersama rakan strategik iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) telah melancarkan program Hijrah Insaniah Yayasan Perak 2024 yang telah dirasmikan oleh YB Encik Khairuddin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Program Hijrah Insaniah ini bertujuan untuk membangunkan modal insan di kalangan murid luar bandar dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif sekaligus merapatkan jurang pendidikan murid di bandar dan luar bandar dalam usaha meningkatkan tahap pencapaian anak Perak bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga sahsiah, kepimpinan dan kemenjadian murid.
Sebanyak 4 buah telah dipilih iaitu Sekolah Izzudin Shah, SMK Raja Permaisuri Bainun, SMK Raja Perempuan dan Sekolah Raja Perempuan Taayah. Program ini secara tidak langsung akan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dan turut membantu para murid memberikan fokus yang lebih kepada pembelajaran.
Tekad memperkasakan pendidikan di Negeri Perak sentiasa menjadi matlamat utama Yayasan Perak selain bertepatan dengan slogan Yayasan Perak iaitu โIltizam Pendidikan, Transformasi Insanโ.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#hijrahinsaniahyayasanperak
#pendidikanperak