𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗧𝗖𝗛 𝟭/𝟮𝟬𝟮𝟰
Yayasan Perak dengan kerjasama Digital Perak telah mengadakan Kursus Bimbingan Usahawan Yayasan Perak kepada 32 orang penerima Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan yang diadakan bertempat di Hub Inovasi & Multimedia, Digital Perak.
Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk menfokuskan teknik-teknik asas dalam menjalankan perniagaan seperti pengurusan kewangan dan pemasaran produk secara pendigitalan.
Penyerahan sijil kepada semua penerima bantuan ini telah diserahkan oleh Encik Tajul Hasrul, Pengurus Pembangunan Sosial Yayasan Perak. Terima kasih kepada Digital Perak Corporation Holdings dalam menjayakan kursus ini kepada semua usahawan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#kursususahawan
#usahawandigital
#programpinjamantabungusahawan