𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗖𝗔, 𝗥𝗢𝗬𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠, 𝗚𝗘𝗥𝗜𝗞

Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum telah menyertai lawatan kerja ke perkampungan Orang Asli dan Rumah Baca Royal Belum, Gerik bersama Jawatankuasa Program Pendidikan Komuniti Orang Asli Islam, MAIPk.
Sesi lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat keadaan sosio-ekonomi Orang Asli di kawasan tersebut selain menilai keberkesanan akses dan peluang pendidikan yang disediakan untuk anak-anak warga Orang Asli.
Program Rumah Baca dilihat sebagai satu inisiatif yang baik dalam membantu meningkatkan minat dan keupayaan 3M di kalangan komuniti Orang Asli.
Jawantankuasa ini juga akan merangka program-program yang bersesuaian sebagai menjadi pencetus kepada pembangunan ekonomi komuniti Orang Asli yang lebih mampan.
Semoga usaha ini membawa manfaat kepada Komuniti Orang Asli di Negeri Perak sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#rumahbacaroyalbelum
#peraksejahtera2030
#perakmakmurrakyatsejahtera