π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—žπ—˜ 𝗦𝗠𝗔π—₯ 𝗒π—₯π—”π—‘π—š π—”π—¦π—Ÿπ—œ 𝗑𝗨π—₯π—¨π—Ÿ π—›π—œπ——π—”π—¬π—”π—›, π—žπ—š. π—žπ—˜π—‘π—”π—‘π—š

Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Bt Nawab Khan telah menyertai lawatan kerja sebagai sebahagian Ahli Jawatankuasa Program Pendidikan Komuniti Orang Asli Islam (JPPKOAI) ke SMAR Orang Asli Nurul Hidayah yang merupakan satu-satunya sekolah menengah agama berasrama khusus untuk pelajar Orang Asli yang menerima bantuan penuh MAIPk menggunakan dana zakat.
Delegasi lawatan diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohammad Fauzi bin Mahson, Pengerusi JPPKOAI bersama ahli-ahli jawatankuasa. Inisiatif ini menunjukkan penggunaan wang zakat berkesan terhadap aktiviti-aktiviti pembangunan dakwah Islam.
Semoga MAIPk terus komited membantu golongan asnaf di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan kepada semua golongan masyarakat yang memerlukan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#smarorangaslinurulhidayah
#peraksejahtera2030
#perakmakmurrakyatsejahtera