𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗘𝗠 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗨𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗖𝗘𝗥𝗗𝗜𝗞

Pemerkasaan Pendidikan yang menjadi keutamaan Yayasan Perak terus dipelbagaikan bagi memacu pembangunan modal insan di Negeri Perak. Program Kem Ibadah dan Jaulah Anak yang baik lagi cerdik merupakan program tajaan Yayasan Perak bagi menangani masalah ketidakhadiran dan keciciran di kalangan murid sekolah sekaligus meningkatkan kemenjadian murid dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negeri.
Program dengan kerjasama Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ini telah melibatkan seramai 150 orang murid tingkatan 5 dari 4 daerah iaitu Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Batang Padang.
Yayasan Perak bersama Kerajaan Negeri dan JPN sentiasa berusaha untuk melahirkan anak yang baik lagi cerdik selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#jaulahanakyangbaiklagicerdik
#pendidikanperak