𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗖𝗘𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗘𝗡𝗧𝗥𝗘𝗣𝗥𝗘𝗡𝗘𝗨𝗥 𝗗𝗔𝗬 @ 𝗨𝗧𝗣

Yayasan Perak melalui usaha pemerkasaan mahasiswa dan pengupayaan sosial telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Petronas (UTP). Satu Sesi Sembang Kocek (Pocket Talk) telah diadakan sempena program Entrepreneur Day @ UTP.
Pelajar-pelajar yang hadir telah diberikan maklumat dan penjelasan berkenaan program-program keusahawanan Yayasan Perak yang telah disampaikan oleh En Affendee Ali Norizan, Eksekutif Pembangunan Sosial Yayasan Perak. Sesi ini telah membuka ruang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk memulakan perniagaan mendapatkan maklumat berkenaan inisiatif yang disediakan oleh Yayasan Perak dengan kerjasama UTP. Selain itu, usahawan-usahawan bimbingan Yayasan Perak turut sama menyertai program ini dengan membuka reruai jualan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga UTP.
Tahniah kepada Unit Technopreneurship UTP atas pelaksanaan program Entrepreneur Day @ UTP dalam usaha membantu meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa dan juga mengurangkan kadar pengangguran graduan terutama anak Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#universititeknologipetronas
#entrepreneurdayutp
#programpinjamantabungusahawan