𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗖𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰
Keselamatan di tempat kerja adalah aspek yang paling penting dalam memastikan setiap kakitangan dapat bekerja dalam persekitaran yang selamat. Justeru itu, Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Ipoh telah mengadakan sesi taklimat latihan keselamatan kepada kakitangan bertempat di Bilik Gerakan Yayasan Perak.
Taklimat yang telah disampaikan oleh PB Abdul Rahman Bin Abdullah ini bertujuan agar setiap kakitangan Yayasan Perak boleh bertindak dengan tenang dan teratur jika berlaku kecemasan. Taklimat ini turut menekankan ciri-ciri keselamatan yang perlu diketahui oleh semua samada di tempat kerja mahupun di rumah.
Yayasan Perak mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat yang sentiasa bersedia dan juga berusaha memastikan keselamatan masyarakat setempat terjaga.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#jbpmipoh
#firedrill
#cepatdanmesra