𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡𝗡𝗨𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗟 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 (𝗞𝗞𝗤) 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰

Yayasan Perak amat menyokong usaha meningkatkan profesionalisma guru kelas kemahiran Al Quran (KKQ) yang dilaksanakan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) iaitu Bengkel Asas Tarannum Al-Quran.
Bengkel tajaan Yayasan Perak dibawah Program Kecemerlangan Kurikulum Sektor Pendidikan Islam JPN ini telah dilaksanakan khusus bagi guru-guru KKQ. Seramai 70 orang peserta dari 57 buah sekolah merangkumi SMK, SMKA dan SABK seluruh Negeri Perak telah berkumpul di Dewan Besar SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.
Tahniah atas pelaksanaan yang penuh dedikasi dan mencapai matlamat. Semoga usaha berterusan ini akan memberi manfaat sekaligus menyumbang kepada pembangunan pendidikan Islam di Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#pendidikanperak
#bengkelasastarannum