𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗔𝗦𝗬𝗨𝗥𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟰

Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak telah melaksanakan Program Bubur Asyura bagi ahli kelab Yayasan Perak sempena menghidupkan suasana tradisi Hari asyura di Bulan Muharam bertempat di Yayasan Perak.
Program ini turut memupuk semangat kerjasama berpasukan sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan Yayasan Perak.
Agihan juadah tradisi ini telah disempurnakan oleh Dr Nasreen Khanum Binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak kepada semua kakitangan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam sesi gotong royong bagi menjayakan program ini.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programbuburasyura
#kelabsukandankebajikan
#keluargayayasanperak