𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗣𝗠, 𝗦𝗧𝗣𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯 & 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗬𝗔𝗕 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
Kejayaan anak-anak Perak mendapat keputusan cemerlang adalah hasil daripada usaha yang perlu diteruskan sebagai galakan serta pembakar semangat untuk terus berjaya. Oleh itu, kecemerlangan anak Perak ini telah diraikan dan diiktiraf dalam Majlis Apresiasi SPM, STPM dan STAM anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN).
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Encik Khairuddin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Yayasan Perak turut menyampaikan Biasiswa YAB Menteri Besar kepada murid calon SPM dan STAM 2024 yang telah memperolehi keputusan cemerlang. Manakala murid STAM yang menerima Anugerah Apresiasi Tahun 2023 juga merupakan penerima Biasiswa YAB Menteri Besar Perak pada tahun ini.
Yayasan Perak bersama JPN sentiasa berusaha memperkasakan pendidikan dan terus melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan melalui inovasi dasar dan strategi yang berterusan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#perkasapendidikan
#biasiswamenteribesarperak