𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰
Yayasan Perak merupakan agensi berkepentingan yang terlibat sebagai pempamer bagi Karnival TVET Perak Sejahtera 2024 yang telah diadakan di Aeon Big Falim, Ipoh. Karnival ini rasmikan oleh YB Encik Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India Dan Intergrasi Nasional.
Yayasan Perak giat dalam mempromosikan maklumat dan bantuan yang disediakan kepada masyarakat khususnya bakal graduan anak Perak selaras agenda Perak Sejahtera yang meletakkan program TVET sebagai bidang keutamaan. Tahniah atas penganjuran karnival yang mendapat sokongan ramai pihak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#karnivaltvet
#pendidikanperak
#peraksejahtera2030