𝟕𝐓𝐇 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐎𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌𝐈𝐂 𝐓𝐇𝐎𝐔𝐆𝐇𝐓 & 𝐂𝐈𝐕𝐈𝐋𝐈𝐙𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 (𝐖𝐂𝐈𝐓𝟐𝟎𝟐𝟒)
Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT2024) kali ke-7 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertempat di Casuarina Meru, Ipoh. Turut hadir bersama YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Perak serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara.
Yayasan Perak menerusi Program YP Special Talent telah mengambil peluang mengetengahkan bakat murid dari SKSI II, Kuala Kangsar yang dilihat sangat berpontensi. Program ini antara usaha yang diambil oleh Yayasan Perak untuk menonjolkan bakat anak-anak Perak serta dibimbing agar bakat tersebut terus berkembang dan bersinar.
Tahniah diucapkan kepada pihak USAS dan Kerajaan Negeri di atas penganjuran WCIT2024 sekaligus menjadikannya sebagai platfom untuk pemikir seluruh dunia membincangkan isu semasa dunia islam serta pertukaran idea dan pandangan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#WCIT2024