𝗠𝗔𝗗𝗜𝗡𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧𝗘 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗠𝗨𝗠𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞, 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Madina Institute, yang mempunyai kampus sedia ada di Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, dan Norway, telah menyatakan minat mereka untuk bekerjasama dengan Yayasan Perak bagi membuka kampus baharu di Malaysia dan telah mengenal pasti Perak sebagai lokasi yang sesuai.
Madina Institute yang terkenal di peringkat global dengan reputasinya yang cemerlang dalam pendidikan dan pengajian Islam merangkumi pengajian al-Quran dan Hadis hingga kepada fiqh Islam dan kerohanian.
Yayasan Perak sebagai agensi negeri yang dikenali dengan komitmennya dalam meningkatkan akses pendidikan dan pembangunan budaya di negeri Perak, melihat usaha ini sebagai langkah penting untuk memperluas peluang pendidikan dan kemajuan komuniti di Malaysia, terutamanya di negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#medinainstitute
#pendidikanperak