𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗥𝗠𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗧𝗔 ‘𝗬𝗣 𝗘𝗬𝗘 𝗦𝗜𝗡𝗔𝗥’.

Yayasan Perak telah membuat penyerahan bantuan cermin mata bagi program YP Eye Sinar 2024 sempena Karnival Pendidikan Tinggi (WCIT 2024) bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru. Penyerahan bantuan cermin mata ini telah disampaikan oleh Dr Nasreen Khanum, Pengurus Besar Yayasan Perak.
Yayasan perak amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk terus kekal menyumbang keperluan murid bagi meningkatkan prestasi yang cemerlang dalam pendidikan seiring dengan perubahan dan keperluan semasa.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#ypeyesinar
#pendidikanperak