𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗔𝗥
Yayasan Perak turut bersama bagi Majlis Maal Hijrah Peringkat Daerah Kampar di Masjid Jamek, Pekan Gopeng disempurnakan oleh YDH Toh Sedewa Raja Dato’ Abdul Talib bin Abd. Fahmi, Orang Besar Jajahan Daerah Kampar.
Pembukaan kaunter ini membolehkan maklumat program bantuan Kerajaan Negeri disalurkan terus kepada rakyat terutama di Daerah Kampar. Yayasan Perak akan terus seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk merealisasikan agenda Pembangunan Sosial sekaligus meningkatkan kemakmuran Negeri Perak ke arah Perak Sejahtera 2030.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#majlismaalhijrah
#perakmakmurrakyatsejahtera