𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗖𝗘𝗥𝗠𝗜𝗡 𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞, 𝗬𝗣 𝗘𝗬𝗘 𝗦𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗟𝗟𝗜𝗠.

Yayasan Perak komited dalam meningkatkan kualiti pendidikan negeri menerusi Program Bantuan cermin mata YP Eye Sinar secara percuma kepada murid sekolah yang menghadapi masalah penglihatan daripada kategori keluarga yang kurang berkemampuan.
Penyerahan bantuan cermin mata YP Eye Sinar ini telah disempurnakan oleh YB Puan Salina Binti Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang merangkap Anggota Yayasan Perak bertempat di Dewan Aishah SK Bandar Behrang.
Yayasan Perak turut menyokong hasrat kerajaan negeri dalam memastikan agenda utama negeri dan usaha memakmurkan negeri berjaya dicapai secara menyeluruh sekaligus menyumbang kepada peningkatan pembangunan di negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#ypeyesinar
#pendidikanperak
#peraksejahtera2030