𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗡𝗚𝗢𝗣𝗜 𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗔𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚, 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞
Usaha mengeratkan jalinan mesra di antara mahasiswa serta Guru Muda Perak yang berada di Sarawak bersama Pimpinan tertinggi kerajaan negeri Perak terus dipergiat menerusi Program Ngopi Siswa Bersama Cikgu Saarani. Program ini dilihat selari dengan usaha menyebarluas agenda Perak Sejahtera 2030 kepada seluruh golongan belia termasuk yang berada di luar Perak.
Program yang diadakan di Restoran Mom’s Laksa Jalan Haji Taha, Kuching ini telah berjaya menghimpunkan hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan guru-guru muda anak Perak yang berada di Bumi Kenyalang.
Dalam program ini, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamed, Menteri Besar Perak bersama beberapa barisan pemimpin tertinggi negeri telah secara santai menyelami hasrat dan pandangan anak muda terhadap perkembangan negeri sekaligus menyuntik semangat untuk terus bersama membangunkan negeri Perak yang tercinta ini.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programngopisiswa
#siswaperak
#gurumudaperak
#cikgusaarani
#peraksejahtera2030