𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗠𝗨 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 (𝗠𝗔𝗥𝗔) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰

Yayasan perak membuka perkhidmatan kaunter dan pameran sempena program Hari Bertemu Pelanggan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertempat di Arked Mara Taiping pada 19 dan 20 Ogos 2024. Taklimat perkongsian bantuan Yayasan Perak telah disampaikan oleh En Fikri Bin Sulaiman.
Program ini bertujuan untuk menyebarluas maklumat berkenaan bantuan di bawah seliaan Yayasan Perak terutamanya bagi Program Pinjaman Tabung Usahawan sekaligus menjadi medan perbincangan dalam membawa idea-idea, serta cadangan dalam kalangan peniaga dan usahawan yang hadir.
Yayasan Perak amat menghargai usaha pihak penganjur untuk sama-sama membantu meningkatkan penyaluran hebahan yang bermanfaat kepada masyarakat sekitar. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang hadir memeriahkan program.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programkaunterkhidmatpelanggan
#YPturunpadang