𝗠𝗢𝗩𝗜𝗘 𝗧𝗥𝗘𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗕 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞
Kelab Sukan dan Kebajikan Yayasan Perak telah mengadakan aktiviti movie treat antara kakitangan dan anak syarikat sempena menyambut bulan kemerdekaan pada tahun 2024 bertempat di GSC Ipoh Parade.
Movie treat ini merupakan aktiviti penting yang diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam diri setiap kakitangan serta memperingati sejarah hitam Malaysia dalam krisis pencerobohan Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa pewira negara sekaligus mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.
Syabas dan terima kasih atas komitmen serta kerjasama dalam memeriahkan aktiviti kelab sukan ini. Diharapkan ia mampu menghidupkan hubungan yang baik dan semangat perpaduan dalam jiwa setiap kakitangan Yayasan Perak dan YP Nominees.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsani
#kelabsukandankebajikan
#keluargayayasanperak
#kemerdekaan