𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 “𝗘𝗫𝗘𝗖𝗨𝗧𝗜𝗩𝗘 𝗗𝗘𝗩𝗘𝗟𝗢𝗣𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠𝗠𝗘 (𝗘𝗗𝗣)”

Yayasan Perak telah melancarkan “Executive Development Programme” (EDP) iaitu program pembangunan kepimpinan berstruktur bagi mendokong agenda pembangunan jangka panjang di negeri Perak. Program ini merupakan platfom untuk membangunkan modal insan yang berkualiti serta membentuk pemimpin yang dinamik serta berwibawa.
Siri pertama bagi Kompentensi 1 iaitu Komunikasi Berimpak Tinggi dan Berkesan telah disampaikan oleh speaker terhebat Coach Rizal Rashid, Pakar Komunikasi & Penceramah Antarabangsa. Majlis Pelancaran program telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bertempat di Casuarina Convention Centre, Meru Ipoh.
Yayasan Perak komited untuk untuk memperkasakan kompetensi pimpinan negeri ini sekaligus memastikan sumber modal insan negeri ini dibangunkan menjelang Perak Sejahtera 2030
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#edpprogramme
#pembangunankepimpinan
#Highimpactcommunication
#edp