𝗗𝗜𝗔𝗟𝗢𝗚 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟱
Sesi Dialog Belanjawan 2025 Negeri Perak telah diadakan di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, bersama barisan Pegawai ketua-ketua jabatan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Jawatankuasa Kerajaan Negeri dan NGO. Yayasan Perak yang diwakili oleh Pengurus Besar, Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan turut sama berkongsi cadangan dan pandangan dalam memperkasakan pembangunan modal insan di Negeri Perak.
Sesi dialog yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad ini bertujuan untuk menjadi medan perbincangan dalam membawa idea – idea dan cadangan sekaligus mencari solusi terbaik untuk dibentangkan bagi pengisian Belanjawan Negeri Perak pada tahun 2025.
#yayasanperak
#iltizamtransformasipendidikaninsan
#dialogbelanjawan2025
#peraksejahtera2030