𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧

Perkongsian informasi dan program bantuan Yayasan Perak sempena Program Usahawan anjuran Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT), bertempat di Manjung telah disampaikan oleh En Affendee Ali, Eksekutif Pembangunan Sosial Yayasan Perak.
Sesi perkongsian telah dijalankan dengan memberi penerangan lebih lanjut khususnya bagi program keusahawanan Yayasan Perak kepada hampir seramai 120 anggota PERHEBAT yang telah menamatkan perkhidmatan diketuai oleh Lt Md Suhaimi bin Saad TLDM (B), Tenaga Pengajar PKS lumut. Sesi ini telah membuka ruang dengan membawa idea-idea, pandangan serta cadangan dalam kalangan anggota perhebat yang berminat untuk memulakan perniagaan dan menjadi usahawan di negeri Perak.
Tahniah kepada PERHEBAT atas pelaksanaan program usahawan untuk membantu merialisasikan hasrat meningkatkan sosioekonomi negeri Perak melalui pemerkasaan usahawan tempatan.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programpinjamantabungusahawan
#peraksejahtera2030