𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 (𝗜𝗡𝗦𝗞𝗘𝗡) 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗪𝗔𝗡𝗔𝗡

Yayasan Perak diketuai oleh Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak telah mengadakan sesi perbincangan kerjasama strategik bersama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bagi membincangkan kaedah latihan serta bimbingan usahawan yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan melalui pinjaman tanpa faedah dan latihan keusahawanan.
Turut hadir bersama Ts. Dr. Izham Naqiuddin Shah bin Arif Shah (Director Training Division), Dr. Maizura binti Mohamad (Director Coaching Division), Ts. Abdul Hafiz bin Muhammad (Senior Executive Training Division dan barisan Pegawai Yayasan Perak.
Yayasan Perak berusaha dalam mengukuhkan jaringan dua hala melalui program kerjasama bagi menambahbaik program – program bimbingan dan peningkatan potensi perniagaan kepada usahawan – usahawan tempatan di bawah program pengupayaan sosial Yayasan Perak melalui pembangunan ekonomi seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam merealisasikan agenda pembangunan sosial kearah Perak Sejahtera 2030.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programpinjamantabungusahawan
#peraksejahtera2030