𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗛𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰

Yayasan Perak turut serta menjayakan lawatan ke Malaysia Agriculture Horticulture And Agro Tourism (MAHA) bersempena sambutan untuk kali ke – 100 tahun MAHA, anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor.
Program Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) ini mengetengahkan Pavilion setiap negeri dengan membawa identiti budaya tersendiri, sekali gus memberi peluang kepada ramai rakyat untuk merasai pengalaman unik dari seluruh negeri di Malaysia.
Pavilion Rumah Negeri Perak menjadi satu tarikan kerana mempresentasikan penggunaan teknologi dalam industri pertanian dan makanan serta kaya dengan seni budaya dan amat berpotensi diangkat ke peringkat tertinggi selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#mohkomekepavillionperak
#pavilionperakmaha2024
#peraksejahtera2030