𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗢𝗦𝗖 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗟𝗟𝗜𝗠

Yayasan Perak turut serta dalam Pameran Mini Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Peringkat Daerah Muallim Sempena Program Syarahan Za’ba Seabad Pemikiran Kemiskinan dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bertempat di Lobi Dewan Tuanku, Canselor UPSI.
Komitmen dan kesungguhan Yayasan Perak dalam menyebarluas program-program bantuan sentiasa diutamakan agar setiap anak-anak negeri Perak menerima kesejahteraan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programkaunteryp
#onestopcentre
