𝗕𝗢𝗢𝗧𝗛 𝗣𝗔𝗠𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
Sorotan Booth Pameran bagi Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak bertempat di Ipoh Convention Centre (ICC), Ipoh yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Yayasan Perak juga turut menyampaikan maklumat dan info berkaitan bantuan -bantuan dan insentif yang disediakan kepada anak-anak Perak. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan semua tetamu yang hadir memeriahkan booth pameran Yayasan Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#programkaunteryp
#bulanbahasakebangsaan