𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗧𝗨𝗜𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗦𝗔𝗔𝗥𝗔𝗡𝗜
Kerajaan Negeri Perak meneruskan Program Bantuan Makanan Percuma Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) bagi tahun keempat dengan peruntukan ditingkatkan sebanyak RM3.42 juta yang memanfaatkan 27,432 pelajar di negeri Perak. Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah diadakan di Ruang Legar Bilik Gerakan Negeri, hari ini.
Kerajaan negeri menerima sumbangan daripada lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) utama, iaitu Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC), masing-masing RM1 juta, Perbadanan Menteri Besar (MBInc) (RM700,000), Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) (RM500,000), dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) sebanyak RM220,000. Program ini menyasarkan pelajar yang terdiri daripada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan pelajar Kolej Vokasional di seluruh negeri Perak.
Dana yang disumbangkan ini akan disalurkan melalui Pejabat Kewangan Negeri kepada Yayasan Perak yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras agihan bantuan makanan ke sekolah-sekolah yang terlibat dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) dan dipantau oleh Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri.
Yayasan Perak akan terus memastikan sumbangan ini digunakan dengan berkesan dan mencapai tujuannya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan prestasi pendidikan dari keluarga berpendapatan rendah di Negeri Perak.
#yayasanperak
#iltizampendidikantransformasiinsan
#bantuanmakananpercumatuisyencikgusaarani
#tcs